Stesen janakuasa hidroelektrik biasanya memerlukan sungai yang diempang sebagai sumber air yang kemudian mengerakkan turbin generator. Empangan hidroelekrtik terbesar dunia sekarang terletak di Three Gorges Dam China dengan jumlah output tenaga maksimum 22 500 MW.








Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik yang lain dari yang lain. Ini adalah kerana empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit! Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan.

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010. 
 
Gambar sekadar hiasan


                  Apakah itu mimpi?mimpi sering dikaitkan dengan mainan tidur. Mimpi merupakan alam lain yang berada di minda bawah sedar. Secara saintifiknya, banyak yang mengatakan mimpi adalah perkara harian yang kita lakukan dan akan diaplikasikan ke dalam bentuk mimpi. Otak akan memproses kitaran hidup (live cycle) kita melalui mimpi dan menyebabkan memori kita sentiasa ingat akan sesuatu peristiwa tertentu. Misalnya, apabila melihat sesuatu perkara kadang kala kita seolah-olah pernah mengalami perkara tersebut. Sedangkan, sebaliknya memori telah memutarbelitkan dan mengaplikasi kesemua mimpi lalu membentuk peristiwa yang seakan-akan pernah dialami oleh kita.


Gambar sekadar hiasan


               Jika dilihat dari sudut alam maya ataupun alam mistik, ramai yang mengatakan mimpi melibatkan roh seseorang manusia. Roh seseorang akan keluar dari jasadnya apabila mereka sedang tidur.Oleh itu, ramai yangg mati semasa tidur keran dipercayai tidak dapat balik semula ke tubuh asalnya. Hal ini kerana roh mereka telah tersesat. Sedangkan 'si mati' tidak pernah mengalami apa-apa jenis penyakit.